Rabu, 29 September 2010

Tips - Tatacara Memandu Ketika Hujan

Memandu ketika hujan lebat memberi kelebihan serta kesan baik untuk sistem penyejukkan, tetapi pada masa yang sama pandangan pemandu kurang jelas manakala permukaan jalan yang basah dan licin boleh mengakibatkan peratusan kemalangan yang tinggi.


Ada dua aspek sebagai panduan jika berdepan situasi sedemikian. Aspek pertama berkaitan kenderaan yang dipandu, Iaitu:-


1. Pastikan tiada kebocoran pada bahagian bawah kenderaan

2. Semua pintu mempunyai dakapan (seal) yang baik

3. Pastikan tiada kebocoran pada bahagian injin, kotak gear, galas dan bearing. Ini kerana air boleh memasuki bahagian yang bocor akibat tekanan arus tinggi dan ketika meredah jalan dinaiki air

4. Sistem klac, sistem brek serta brek tangan dalam keadaan baik

5. Keadaan bunga tayar yang baik bagi cengkaman sepenuhnya

6. Pengelap (wiper), horn dan sistem elektrial iaitu bahagian lampu depan dan lampu kenderaan mestilah berfungsi dengan baik

Aspek kedua berkaitan langkah yang perlu diambil oleh pemandu ketika meredah jalan yang dinaiki air, Iaitu:-

1. Beri laluan kepada kenderaan berat dan anggarkan ketinggian air yang diredah dengan melihat had tinggi tayar

2. Sekiranya paras air dibawah satu kaki, pemanduan boleh dilakukan tetapi pemandu perlu memendu secara perlahan. Ini bagi mengelakkan percikkan air membasahi injin khususnya bahagian sistem penyalaan

3. Elakkan memendu laju kerana ia boleh menyebabkan bahagian injin dibasahi air dan pengguna jalanraya lain, khususnya penunggang motosikal dan pejalan kaki terkena tempias atau percikkan

4. Selepas meredah jalan dinaiki air, elakkan terus memendu laju kerana sistem brek tidak berfungsi sepenuhnya berikutan permukaan brek yang basah. Bagi mengatasi masaalah ini ada beberapa panduan yang boleh dipraktikkan iaitu:

-Gunakan gear 1 dan 2 bagi kenderaan menggunakan sistem gear manual dan gear 1 bagi sistem automatik.
-Tekan pedal brek serentak dengan pedal minyak bagi menghasilkan kepanasan pada permukaan brek.
-Bagi kenderaan pacuan 4 roda, gear automatik sama seperti gear manual. Hadkan kelajuan antara 5 hingga 15 kmj dan jarakkan kenderaan anda dengan kenderaan dihadapan. Proses ini akan mengeringkan permukaan brek.
-Uji tindakkan diatas berulangkali pada jarak 20 hingga 30 meter sahaja.
-Uji sistem brek pada kelajuan 20 kmj.
-Sekiranya brek gagal berfungsi, ulangi proses diatas. Selepas itu uji lagi sistem brek sehingga prestasinya memuaskan sebelum memandu laju.


Sumber Maklumat: http://www.kereta2u.blogdrive.com/archive/1.html

Tips Kereta Tenggelam dalam Banjir

Salam 1 Malaysia,

Kita sering mendengar isu-isu banjir yang melanda sama ada di dalam negara mahupun luar negara. Ia merupakan satu fenomena alam semulajadi yang terjadi akibat daripada aktiviti manusia. Banjir menyebabkan kerosakan harta benda seperti kenderaan yang melibatkan kereta, lori, trailer dan kemudahan awam seperti telefon awam, bekalan letrik serta bekalan air terputus.



 Disini ada beberapa tips untuk semua tentang tindakan selepas kereta anda tenggelam banjir.

1. Selepas banjir surut, periksa kereta anda. Sekiranya keseluruhan kereta anda tenggelam termasuk enjin dan bahagian dalam kabin kereta, JANGAN CUBA HIDUPKAN ENJIN KERETA. Tindakan ini biasanya akan dilakukan oleh mekanik bengkel atau kereta penunda. Sebabnya supaya tuan punya kereta terpaksa membayar lebih tinggi untuk membaiki kereta kerana apabila anda cuba menghidupkan injin kereta, aliran elektrik akan mengalir ke dalam semua sistem elektronik enjin termasuk kotak komputer.

2. (Untuk kereta suntikan elektronik) dan sekiranya masih terdapat saki baki air di dalam alat berkenaan, akan berlaku litar pintas yang mana alat tersebut terpaksa di ganti. Kos untuk sebuah kotak komputer adalah lebih kurang RM1000 -- RM1500 bergantung kepada jenis kereta, cc dan pilihan pengguna. Tindakan di atas juga akan menyebabkan kesemua sensor yang biasanya akan beroperasi semasa kita menyalakan suis enjin kita terbakar dan biasanya satu sensor harganya tidak berapa mahal tetapi kesan daripada sensor yang tidak berfungsi boleh menyebabkan kos yang tinggi. Kita ambil contoh, sensor untuk mengesan atau untuk mengarah minyak kotak gear mengalir dengan baik di dalam kotak gear apabila tidak berfungsi akan menyebabkan pengagihan minyak kotak gear tidak sekata dan paling lama kotak gear tersebut boleh berfungsi dengan baik adalah 2 hingga 3 bulan. Selepas itu, keseluruhan kotak gear terpaksa diganti(harga untuk kotak gear baru Wira 1.6 auto adalah lebih kurang RM7000). Ini adalah salah satu sebab kenapa apabila kita membeli kereta baru, waranti kereta akan termansuh apabila kita mengubahsuai sistem elektrik kereta termasuk sistem audio kereta kerana apabila sensor tidak menerima jumlah elektrik yang cukup, ia tidak dapat berfungsi dengan baik dan peralatan yang berkaitan dengannya akan rosak.

3. Apabila sampai ke bengkel, bogelkan kereta anda keseluruhannya termasuk kesemua penutup alat elektronik.

4. Periksa palam pencucuh kereta anda. Pastikan ianya tidak berair. Kalau berair maksudnya air telah masuk ke dalam injin. Periksa juga minyak injin. Pastikan minyak injin tidak bercampur air. Dan tidak terkecuali periksa minyak petrol. Selepas semua peralatan elektronik telah dipastikan kering sepenuhnya (biasanya 2 atau 3 hari). Boleh dihidupkan enjin tetapi jangan cuba jalankan kereta kerana kotak gear belum diperiksa.

5. Sekiranya enjin boleh dihidupkan, murahlah belanja jika tidak mungkin akan mencecah ribu-ribu. Periksa minyak kotak gear, biasanya ia berwarna merah dan kalau bercampur air, warnanya akan bertukar menjadi warna air bandung (merah susu). Jika bercampur air, tukar minyak gear, jalankan kereta untuk 2-5 minit dan periksa kembali minyak gear. Ulang tindakan ini sehingga minyak kotak gear menjadi betul-betul merah jernih atau tidak bercampur air. Biasanya proses ini perlu diulang sehingga 7-8 kali dan akan menggunakan lebih kurang 15-20 liter minyak kotak gear.

6. Sekiranya tiada kerosakkan yang melibatkan peralatan elektronik, kos cuma akan melibatkan upah, minyak injin, minyak kotak gear dan beberapa peralatan yang sensitif kepada air seperti penapis udara (original)


Sumber Maklumat: http://www.kereta2u.blogdrive.com/archive/1.html

Isnin, 27 September 2010

Tips - Prihatin Pada Pengguna Jalan Raya Yang Lain

Sebagai seorang pemandu, anda perlu sentiasa prihatin kepada pengguna jalan raya yang lain seperti pejalan kaki, pemandu motosikal dan pemandu basikal. Ada pemandu yang menganggap bahawa mereka lah raja di jalan raya dan tidak prihatin kepada pejalan kaki dan penunggang basikal dan motosikal. Perbuatan begini bukan sahaja tidak sopan malah membahayakan diri sendiri dan mereka.

Berikut adalah panduan bagaimana anda boleh menjadikan jalan raya tempat yang selamat untuk semua:

Pejalan kaki:

1. Beri laluan kepada pejalan kaki

2. Pandu dengan berhati-hati apabila melepasi kawasan sekolah kerana pelajar sekolah suka bermain di tepi jalan

3. Prihatin kepada kanak-kanak, orang kurang upaya dan orang tua kerana mereka mungkin tidak nampak kedatangan kereta anda

4. Sentiasa memberi laluan kepada pejalan kaki yang menhampiri atau berdiri di jalur lintas, berhentikan kereta untuk mereka melintas. Jangan sekali-kali memecut atau menekan petrol untuk menakutkan mereka.

5. Sentiasa berhati-hati apabila memandu di kawasan pusat membeli-belah kerana biasanya pejalan kaki melintas jalan berkumpulan.

Penunggang Motorsikal:

1. Sentiasa berwaspada dengan penunggang motorsikal semasa memandu. Pastikan anda sentiasa melihat titik kabur untuk melihat kedudukan mereka dengan lebih jelas. Sebaiknya, and menoleh ke belakang untuk kepastian.

2. Berwaspadalah kepada penunggang yang menunggang keluar masuk lorong sesuka hati kerana arah tuju yang tidak menentu.

3. Berhati-hati ketika di persimpangan jalan kerana penunggang motorsikal boleh muncul dengan tiba-tiba dan anda mungkin tidak menyedari kedatangan mereka.

4. Jangan memecut apabila ada penunggang motorsikal yang cuba memotong anda.

5. Sentiasa berwaspada apabila penunggang motorsikal cuba mengelak lubang atau halangan di jalan raya.
 
Penunggang Basikal:

1. Pastikan anda menjarakkan kereta sekurang-kurangnya 6 kaki apabila melepasi penunggang basikal untuk mengelakkan mereka dari terkena pergolakan udara yang dihasilkan oleh kereta anda.

2. Berwaspada setiap kali penunggang basikal cuba mengelak lubang di jalan raya.

3. Sentiasa berwaspada dengan kehadiran penunggang basikal di persimpangan jalan.


Sumber Maklumat: http://www.itis.com.my/itis/driving-tips-rd-courtesy-3-bm.jsp.

Tips - Cara Membayar Saman JPJ




Saman yang dikeluarkan oleh JPJ terbahagi kepada dua (2) iaitu saman yang boleh di kompaun dan saman yang tidak boleh di kompaun.

Saman yang boleh di kompaun boleh dibayar dalam tempoh yang ditetapkan dalam saman tersebut.

Saman yang tidak boleh dikompaun ialah hendaklah diselesaikan di Mahkamah yang ditetapkan dalan notis saman.

DI MANA SAMAN BOLEH DIBAYAR

Saman JPJ boleh dibayar di tempat-tempat berikut:
Di mana-mana Pejabat JPJ Negeri, Cawangan dan Pejabat Kecil JPJ
Melalui perkhidmatan e-Services

CARA-CARA PEMBAYARAN SAMAN
 
Saman tanpa pengurangan kadar kompaun boleh dibayar di mana-mana Pejabat JPJ.
Bayaran boleh dibuat dengan mengemukakan salinan saman (JPJ P22) dengan jumlah bayaran.
Bagi saman yang ada Notis PG1, Laporan PG2 hendaklah disertakan bersama saman (JPJ P22) dan jumlah bayaran.
Bayaran yang dibuat secara tunai.
Bayaran boleh juga dibuat melalui Wang Pos/Bank Draf setelah kadar kompaun diketahui.

BAYARAN SAMAN MELALUI PERKHIDMATAN e-SERVICES

Bagi saman yang boleh di kompaun dan tidak melibatkan notis PG 1 sahaja bayaran boleh dibuat melalui laman web berikut: 
www.eservices.com.my
www.myeg.com.my
www.rilek.com.my

RAYUAN MENGURANGKAN KADAR KOMPAUN

Rayuan untuk mengurangkan kadar kompaun hendaklah dibuat kepada Pejabat JPJ yang mengeluarkan saman.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:

Surat Rayuan
Salinan saman JPJ P22

 
SYARAT-SYARAT UNTUK MENGEMUKAKAN RAYUAN

Sendiri oleh orang yang kena saman pada hari yang ditetapkan sebagai hari rayuan oleh JPJ Negeri berkenaan.
Rayuan hendaklah dibuat sebelum tamat tempoh bayaran kompaun.
Kompaun hendaklah dibayar selepas kadar kompaun dikurangkan.
Pengurangan kadar kompaun hany boleh ditentukan oleh Pengarah sahaja.

 
PROSEDUR MENUNTUT KENDERAAN YANG DISITA OLEH JPJ

Di bawah Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Pegawai Pengangkutan Jalan boleh menyita kenderaan bagi tujuan mengenal pasti identity pemandu kenderaan atau untuk memberhentikan sesuatu kesalahan daripada berterusan.

PELEPASAN KENDERAAN SITA

Kenderaan yang disita oleh JPJ boleh dituntut/dilepaskan apabila perkara berikut telah diselesaikan:

Setelah identiti pemandu atau kenderaan telah dikenal pasti.
Kesalahan yang dilakukan telah diberhentikan.
Saman telah dikeluarkan.
Dilepaskan oleh mahkamah.

 
PELEPASAN KENDERAAN SITA

Kenderaan disita akan dilepaskan kepada pihak yang berkenaan seperti di bawah:


  • Pemunya/pemilik berdaftar.
  • Institut Kewangan (jika tidak dituntut oleh pemilik dalam tempoh yang ditetapkan).
  • Agensi Kerajaan seperti Polis/Kastam.
  • Orang yang diberi kuasa di bawah Pentadbir Pusaka.


Bagi kenderaan syarikat mereka yang layak menuntut kenderaan adalah:


  • Pengarah
  • Pengurus Besar
  • Setiausaha
  • Pegawai yang dilantik/diberi kuasa

 
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PELEPASAN KENDERAAN

Pemilik berdaftar dan pihak yang menuntut perlu hadir ke Pejabat JPJ berkenaan (di mana kenderaan tersebut disita) untuk menuntut kenderaan dengan membawa bersama-sama dokumen berikut:


  • Kad Pendaftaran Asal
  • LKM dan Insurans yang sah
  • Lesen memandu yang sah dan masih berkuatkuasa
  • Kad Permit Asal (untuk kenderaan perdagangan/sekolah memandu)


PERMOHONAN PENGECUALIAN KHAS PEMASANGAN CERMIN GELAP


Kaedah 5 (1) dan Kaedah 5 (3), Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin-cermin depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70%, manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%.

PENGECUALIAN KHAS CERMIN GELAP


Pemasangan kaca gelap diberikan kepada orang-orang tertentu sahaja seperti di bawah Kaedah 11(a) dan 11(b) yang menghadapi masalah kesihatan kulit terdedah dengan ancaman keselamatan boleh memohon pengecualian khas untuk pemasangan khas untuk pemasangan cermin gelap.

CARA-CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah menggunakan Borang Khas CG1 yang boleh didapati daripada Ibu Pejabat JPJ di Putrajaya. Semua permohonan perlu disertakan dengan dokumen-dokumen berikut:

Salinan kad pengenalan yang telah disahkan.
Surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan serta rekod-rekod perubatan yang terkini.
Bagi permohonan untuk tujuan keselamatan, sertakan dokumen-dokumen sokongan.

 
KELULUSAN

Semua permohonan akan dipertimbangkan dan akan dikemukan kepada Ketua Pengarah Pengangkutan untuk persetujuan. Selepas itu akan dibawa kepada Y.B. Menteri Pengangkutan untuk kelulusan.
 

TEMPOH
 
Tempoh kelulusan penggunaan cermin gelap adalah satu tahun sahaja dan perlu diperbaharui.
 
PEMBAHARUAN

Permohonan memperbaharui kelulusan cermin gelap hendaklah dibuat dengan menyertakan dokumen berikut:

Borang CG1 yang telah diisi dengan lengkap.
Salinan kad pengenalan yang telah disahkan.
Surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan serta rekod-rekod perubatan yang terkini.
Salinan Surat Kelulusan Y.B Menteri Pengangkutan.


PENALTI
 
Pemilik atau pemandu kenderaan yang tidak mematuhi kaedah ini akan dikenakan denda:
Tidak melebihi RM500.00 atau penjara tidak melebihi 2 minggu untuk kesalahan pertama.
Tidak melebihi RM1000.00 atau penjara tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan berikutnya.

Semakan saman secara SMS


      Taip POLIS SAMAN [NO KAD PENGENALAN] hantar kepada 32728
      contoh :  POLIS SAMAN 701010011010 hantar kepada 32728
      atau untuk dapatkan maklumat lebih detail , taip sms :
      POLIS SAMAN [no pendaftaran kenderaan] SEMUA , hantar kepada 32728
      contoh :  POLIS SAMAN BHN786 hantar kepada 32728

    • Kalau mahu detail saman dihantar ke alamak email, taip
      POLIS SAMAN [no pendaftaran kenderaan] [email ] hantar kepada 32728
      Contoh : POLIS SAMAN BHN786 denaihati@yahoo.com dan hantar ke 32728

Anda boleh semak online saman anda di SINI

Related Posts with Thumbnails