Khamis, 29 November 2012

Pelaksanaan AES

Apa itu AES - Cara Semakan Saman AES melalui online



Apa itu AES?

Penguatkuasaan secara automatik iaitu kesinambungan daripada Pelan Keselamatan Jalan Raya 2006-2010.


Usaha berterusan aktivis keselamatan jalanraya (JPJ, PDRM, JKJR, MIROS, JKR) memberi tumpuan kepada 4E (Engineering, Enforcement, Education and Environment).


Perlu adaptasi sistem penguatkuasaan yang mapan (sustainable) dalam terus kekal mengubah sikap pemanduan tanpa mengira kadar pertambahan kenderaan, pemandu atau kekangan penguatkuasaan.


Pendekatan kepada system based approach yang mampu mengubah sikap pemanduan rakyat Malaysia.


Satu sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera (gambar dan video)


Bagaimana ia berfungsi?

AES berupaya mengesan dan merakam secara automatik sebaik sahaja mana-mana kesalahan lalulintas di lakukan di kawasan sering berlaku kemalangan sahaja.
Pelaksanaan AES meliputi kesalahan:

  • Tidak mematuhi lampu isyarat 
  • Memandu melebihi had laju 

Maklumat kesalahan ini kemudiannya dihantar secara real time online ke Pusat Kawalan AES (Control Center). Maklumat diproses bagi mengenal pasti pemandu/pemilik kenderaan berdasarkan kepada maklumat pemilik/pemandu yang terdapat dalam pangkalan data JPJ.


Saman akan dikeluarkan secara automatik dan dihantar melalui pos kepada Orang Kena Saman (OKS).


Sistem juga secara automatik menghantar maklumat kes ke mahkamah untuk tujuan perbicaraan jika OKS memilih untuk gagal membayar kompaun atau dibicarakan.


Cara menyemak saman AES?

1. Semak Saman AES Melalui SMS
Untuk menyemak saman Trafik, Saman JPJ atau Polis secara SMS, taip ; 

POLIS SAMAN ( NO. Plat kenderaan ) dan hantar ke 32728 .

* Caj RM0.50 akan dikenakan bagi setiap SMS


2. Semak Saman AES Melalui Website
Anda juga boleh semak saman melalui website Rangkaian Interaktif Laman Elektronik Kerajaan (RILEK).

- Saman Saman AES Online PDRM

3. Semak Saman AES Melalui SMS 15888

Selain semak saman AES secara SMS macam cara 1 tadi, yang nie pun boleh digunakan. Anda perlu taip ;

POLIS SAMAN [NO. Plat kenderaan] dan hantar ke 15888

* Setiap SMS akan dicaj RM 0.20.

4. Semak Saman AES melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Semakan saman juga boleh dibuat melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) secara percuma. Sebelum itu, anda perlu memohon dan mendaftar ID Sikap anda dikaunter JPJ yang berdekatan. Antara perkhidmatan yang disediakan;

- Semakan Saman/Notis
- Semakan Senarai Hitam
- Rayuan Lesen Memandu Tamat Tempoh
- Semakan Tarikh Luput Lesen Kenderaan Motor
- Semakan Tarikh Luput Lesen Memandu
dan banyak lagi ..

5. Semak Saman AES melalui Android Smartphone

Bagi pengguna Android Smartphone, anda mungkin ingin mencuba mengguna aplikasi-aplikasi berikut untuk menyemak saman AES secara online;


Khamis, 13 September 2012

Tips - Lulus Ujian Komputer JPJ


Analisis Kertas Ujian Komputer Kod Jalan Raya (Highway Code) – Cara-cara Untuk Lulusnya

Ramai menulis kepada blog ini “bersungut” kononnya mereka rasa sungguh hampa kerana menghadapi ujian komputer “Kod Jalan Raya”. Ada yang sudah gagal buat 2 – 10 kali. Siapa yang tidak merasa “hampa” dalam keadaan demikian.

Tetapi nasihat saya adalah, jangan begitu senang putus asa. Ingat, kalau anda cuba dan cuba dan cuba lagi, pasti pada akhirnya anda akan menemui “kejayaan”. Percayalah saya.

Untuk mukluman para pembaca, saya sendiri menduduki Peperiksaan S.T.P.M. atau H.S.C. (Higher School Certificate) sebanyak 7 – 8 kali sebelum mencapai sijil lulus akhirnya.

Kepada yang sudah hampa sebab gagal beberapa kali dah, jangan “give up”. Teruskan berusaha! Jangan lupa, lesen memandu itu mustahak. Ia penting. Khasnya kepada seorang wanita.

Saya akan mencuba sedaya-upaya untuk membantu anda lulus dalam Kod Jalan Raya atau "highway code atau undang-undang jalaraya" ini.
Sebenarnya, mungkin pengajar anda yang salah. Dia mungkin tidak bekalkan anda dengan segala buku-buku, risalah-risalah, tape-tape atau C.D. yang ada dalam pasaran. Tetapi dalam hal ini, mungkin anda juga yang salah.
Tanya pengajar atau instructor anda di pusat memandu labuan kalau ia boleh sediakan anda dengan:
i) Buku teks.
ii) Buku Ulangkaji 500 soalan.
iii) C.D. atau disk 500 soalan


Tetapi, jangan semata-mata cepat tuduh instructor yang salah saja. Anda bagaimana? Persediaan anda sebelum ke bilik komputer cukupkah?
Andai anda dah bersedia bersungguh-sungguh dan akhirnya gagal juga, lainlah ceritanya.

Baik. Ke arah bagaimana hendak membantu calon-calon yang merasa sukar untuk lulus kertas “Highway Code” ini?
Kena ingat, untuk Lulus kertas ini, anda Mesti memperolehi 84%. Itu sebenarnya adalah A1 tahu.

Section “A” ada 15 soalan. Baca bahagian ini dengan baik. Lagipun bahagian ini “Tanda Isyarat”. Penting!

Kalau buat salah banyak-banyak, macam mana boleh?
Biar saya soal awak satu soalan. “No Entry” bolehkah masuk? Lagipun kiranya "garisan dua selari" anda memotong kereta bolehkah?

Jadi nasihat saya mudah saja. Baca atau sedia Bahagian A ini bersungguh-sungguh. Jangan, kalaunya boleh, buat salah satupun di bahagian ini.

Section B ada 25 soalan. Soalan-soalan tentang “Panduan Berhemat”. Tajuk-tajuknya termasuk:

i) Halangan
ii) Kesihatan
iii) Peraturan Jarak
iv) Kecemasan
v) Olah gerak dan banyak lagi.

Daripada 25 soalan, anda jangan buat Salah lebih daripada 3 atau 4 kesalahan maximumnya. Jadi jangan salah lebih daripada itulah. Pendikata hendaklah bersedia bersungguh-sungguh!
Akhirnya Section C 10 soalan. Tajuk-tajuk:

i) Jenis lesen
ii) sistem demerit
iii) Hal-hal motosikal
iv) Akta Pengangkutan Jalan ’87

Di bahagian ini, anda diizinkan buat 2 – 3 soalan salah saja.
Rumusnya, kita kira balik kesalahan-kesalahan. Tiada kesalahan di bahagian A, 3 atau 4 soalan di Bahagian B dan maximum 2 -3 soalan salah di Bahagian C.

0 + 4 + 3 = 7 kesalahan keseluruhannya.

Markah lulus ialah 42 / 50.

Dengan hanya melakukan 7 kesalahan saja, anda akan Lulus!
Sebenarnya, lulus atau tidak, semuanya di tangan anda!

Download : Software Ujian Komputer JPJ (Versi Lama)

Khamis, 6 September 2012

Tips - 8 Panduan Untuk Menjadi Pemandu Berhemah

Contoh Pemandu Berhemah: Pemakaian tali pinggang keledar dengan betul.




1. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda berasa letih, mengantuk, di bawah pengaruh alkohol atau berada dalam keadaan yang tidak tenteram, tangguhkan perjalanan anda. Jangan biarkan emosi menguasai gaya pemanduan.

2. Pastikan kenderaan dalam keadaan baik. 

3. Sentiasa memakai tali pinggang keledar ketika memandu.

4. Sentiasa ikut had laju yang ditentukan. Jangan memandu melebihi had laju.

5. Pemandu harus mengekalkan jarak yang selamat antara kenderaan di hadapan supaya mempunyai ruang yang mencukupi untuk berhenti sekiranya ada situasi merbahaya di hadapan.

6. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.

7. Peka jika kereta membelok dengan tiba-tiba untuk mengelak lopak air atau lubang besar di jalan raya. 

8. Sentiasa mematuhi lampu isyarat. Jangan melanggar lampu isyarat.

9. Berhati-hati ketika memandu terutama ketika hujan lebat. Tayar mungkin hilang daya cengkaman pada permukaan yang basah. 

10. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Sentiasa berjaga-jaga kerana pemandu lain mengubah lorong dengan tiba-tiba untuk keluar.

Sumberhttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/402-info-ringkas/7149-8-panduan-untuk-menjadi-pemandu-berhemah.html

Khamis, 24 Mei 2012

Panduan Ketika Berada di Jalan Raya

Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, mabuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.
Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.


Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.


Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.
Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.


Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.


Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna.


Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.

7 Tips Memandu Ketika Hujan


Akhir-akhir ni kita saksikan kerap berlaku hujan lebat lebih-lebih lagi di sekitar kawasan Lembah Klang, jadi adalah penting untuk kita mengetahui tips memandu ketika hujan (atau hujan lebat) bagi memastikan keselamatan anda sebagai pemandu dan juga penumpang lain selamat tiba ke destinasi.
Banyak tips memandu ketika hujan yang kita sedia maklum contohnya pasangkan wiper, perlahankan kenderaan, elak lopak air dan buka lampu jika perlu. Namun banyak lagi tips yang mungkin kita terlepas pandang, jom cekedout 7 tips ini!
1. Elakkan menekan brek apabila kereta tergelincir – Ini mungkin menyebabkan kereta terbabas, cara terbaik ialah kawal pemanduan menggunakan kemudi (steering), namun ia hanya berkesan untuk kereta yang dipandu perlahan sahaja.
2. Kurangkan memandu di lane kanan sekali. Saya sendiri pernah alami apabila kenderaan dari arah berlawanan melalui lopak air dan menyebabkan percikan ke cermin hadapan kereta saya dan menghalang pandangan ke depan. Percikan berlaku selama lebih kurang 1 saat, boleh mendatangkan bahaya jika sedang memandu laju.
3. Jika keadaan hujan semakin lebat dan keadaan gelap dan kabus mengganggu penglihatan, berhenti seketika di kawasan rehat bagi mengelakkan kecelakaan atau kemalangan.
4. Jangan memandu mengekori terlalu rapat dengan kereta hadapan. Jalan tengah licin, kalau kereta depan brek mengejut, tak ke naya?
5. JANGAN menyalakan lampu kecemasan (hazard), kerana lampu itu sepatutnya dinyalakan apabila BERHENTI sahaja.
Kalau tak percaya, baca semula buku lesen L.
6. Elakkan memandu terlalu laju kerana ia bukan sahaja membahayakan nyawa pemandu dan pemandu lain, tetapi juga menyebabkan enjin dibasahi air.
7. Selepas meredah jalan dinaiki air, elakkan terus memandu laju kerana sistem brek tidak berfungsi sepenuhnya berikutan permukaan brek yang basah.
Related Posts with Thumbnails