Rabu, 29 Mei 2013

Buku Latihan Komputer & Pendrive Software Latihan Komputer

Untuk BUKU LATIHAN - RM12.00










Untuk PENDRIVE: RM27.00


Kos Poslaju : RM9 (Semenanjung)
                    RM6 (Sabah/Swak)Kos Pos (Pos Ekpress) - RM 5.00

Cara Pesanan dan Pembayaran:

Pembayaran melalui pindahan wang (bank in) melalui akaun Maybank @ CIMB (Akan dimaklumkan kemudian

Sila email ke selasihriasb@gmail.com atau sms ke no. 019-8000529 maklumat berikut untuk tujuan penghantaran:

No.slip transaksi pembayaran, 

Nama produk, 
Kuantiti, 
Nama anda, 
No.telefon, 
Alamat penghantaran.

Ahad, 7 April 2013

TIPS - LULUS UJIAN JPJ UNTUK KELAS B2 (MOTOR)

TQ Mr Google

Dalam ujian praktikal kelas B2, calon harus menunggang dengan baik dan yakin. Walaupun ia nampak mudah, calon perlu mendapatkan latihan sepenuhnya sebelum menghadapi ujian. Ini bagi memudahkan calon ketika menghadapi ujian nanti kerana semua latihan yang dijalankan adalah sama dengan ujian tersebut.
Pertama sekali harus diingat, sebelum mula menunggang motorsikal, calon perlu memakaitopi keledar dengan cara yang betul iaitu kemas. Pastikan tidak ada ruang yang longgar ketika mengikat tali topi keledar itu.
Antara halangan yang calon akan hadapi di bahagian 2 ujian jpj ialah membuat pusingan 8. Pastikan anda menunggang di atas pusingan 8 itu dengan menggunakan gear yang kedua. Ianya merupakan gear yang lebih lancar, tidak terlalu perlahan dan tidak terlalu laju. Ikut betul-betul pusingan tersebut supaya tidak terbabas. Calon sama sekali tidak dibenarkan untuk menurunkan kaki ke atas jalan raya.
Selepas itu, calon perlu melepasi laluan titi sepanjang 7 atau 8 meter dalam tempoh 7 saat ke atas. Di sini calon mestilah menunggang secara perlahan dan pandai untuk mengimbangkan motor di atas titi tersebut dengan menggunakan gear 2. Cuba buat kiraan“satu ribu satu” hingga “satu ribu tujuh” ketika di atas titi tersebut. Selesai kiraan, calon boleh terus bergerak ke depan untuk menuruni titi tersebut.
Halangan ketiga ialah mengawal motorsikal ketika melalui antara kon-kon yang diletakkan secara “zig-zag”. Di sini ialah halangan yang paling mudah untuk dilakukan oleh calon. Sekali lagi diingatkan, jangan turunkan kaki ke atas jalan raya.
Yang terkakhir sekali dalam bahagian 2 ialah memberhentikan motorsikal secara kecemasan. Dengan had laju yang sederhana, calon dikehendaki berhenti dalam ruang yang diberikan. Calon perlu untuk menekan brake tangan dan brake kaki serentak di sini. Ketika berhenti, hanya kaki kiri sahaja memijak jalan raya. Kaki kanan masih di atas brake.
Selesai ujian bahagian 2, kini calon perlu pula untuk melepasi ujian bahagian 3 iaitu ujian jalan raya. Calon perlu memeriksa topi keledar terlebih dahulu supaya ikatannya kemas. kemudian, periksa satu persatu lampu hadapan dan belakang, lampu brake, lampu signal kiri dan kanan di hadapan dan belakang, side mirror kiri dan kanan serta bunyikan hon sebelum berjalan.
Pastikan calon memberikan isyarat signal dan isyarat tangan sebanyak tiga kali  jika ingin belok ke kiri atau kanan. Ketika berhenti, pastikan tangan kanan diangkat menandakan calon berhenti. Apabila selesai, turun dari motor dan letak motor tersebut dengan “Stand” dua kaki. Menggunakan “stand” satu kaki akan mengakibatkan calon ditolak  markah.
Diharap tips-tips di atas dapat membantu anda dalam menghadapi ujian tersebut. Semoga Berjaya.

TIPS - UJIAN JPJ BHG 3 (JALAN RAYA) UNTUK KELAS D (KERETA)

Thanks Mr Google

Ketika menghadiri Ujian JPJ,  anda perlu berpakaian sopan dan menjaga tata tertib. Yang dimaksudkan berpakaian sopan ialah dengan memakai baju berkolar, seluar panjang dan kasut. Di bawah ini adalah tips-tips yang mesti anda lakukan ketika menghadapi Ujian JPJ bahagian jalan raya untuk kereta.
1) Membuat pemeriksaan terhadap kenderaan
i) Laraskan tempat duduk. Pastikan anda selesa untuk memandu.
ii) Periksa cermin pandang belakang dan kedua-dua belah cermin sisi. Pastikan anda dapat melihat dengan baik belakang kereta  anda.
iii) Menguji signal, lampu, lampu kecemasan dan ‘wiper’. Pastikan semua itu berfungsi.
iv) Memastikan gear berada dalam kedudukan bebas (‘neutral’) dan hidupkan enjen kereta.
v) Memakai tali pinggang keselamatan sebelum memulakan perjalanan.
2) Berhenti di Persimpangan
Sebelum sampai di persimpangan, pastikan anda sudah memberikan signal ke arah yang hendak belok. Berhenti kira-kira 2 meter di belakang garisan berhenti di persimpangan. Tarik brek tangan dan bebaskan gear.  Pastikan tiada kereta yang datang dari sebelah kiri atau kanan sebelum bergerak keluar.
2) Memandu di Jalan Raya
Pastikan anda menggunakan gear yang sesuai. Cuba patuhi had laju yang ditetapkan.  Di jalan raya, had lajunya ialah kira-kira 40-60 kmj. Memandu di kawasan sekolah, had lajunya ialah 30 kmj. Pastikan anda dapat mengawal stereng dengan baik.
3) Memandu di Garisan Berkembar (‘Double Line’)
Anda TIDAK DIBENARKAN untuk memotong di kawasan ini. Kebiasaannya di kawasan sekolah, jambatan, selekoh dan persimpangan.
4) Memandu di Lampu Isyarat
Anda hendaklah mematuhi lampu isyarat. Jika anda nampak lampu isyarat bertukar kepada warna kuning, anda perlu bersedia untuk berhenti. Sekiranya kenderaan anda belum melepasi garisan berhenti, and seharusnya Berhenti. Kalau kenderaan sudah melepasi garisan berhenti, anda dibolehkan untuk meneruskan perjalanan dengan syarat perlu berhati-hati.
5) Kawalan Stereng
Kedudukan tangan di stereng perlu di posisi 2 dan 10. Pastikan tangan anda tidak bersilang ketika melakukan pusingan. Jangan hanya menggunakan sebelah tangan semasa memandu. Anda diizinkan memegang dengan satu tangan apabila menukar gear.
6) Memberhentikan Kenderaan Setelah Selesai Ujian
Sebelum berhenti, pastikan anda sudah memberikan signal kiri terlebih dahulu. Kemudian berhenti secara perlahan-lahan. Bebaskan gear dan tarik ‘hand brake’.
Diharap tips-tips di atas dapat membantu anda dalam menghadapi ujian tersebut. Semoga Berjaya.

Sumber

Jumaat, 5 April 2013

Dapatkan Stiker P & L untuk kereta dan motorsikal anda

Untuk MOTORSIKAL:
Pelekat P ( 2 keping )- RM 4.00
Pelekat L ( 2 keping )- RM 4.00

Untuk KERETA:
Pelekat P ( 2 keping )- RM 5.00

Kos Pos (Pos Ekpress) - RM 3.00


Cara Pesanan dan Pembayaran:

Pembayaran melalui pindahan wang (bank in) melalui akaun Maybank @ CIMB (Akan dimaklumkan kemudian

Sila email ke selasihriasb@gmail.com atau sms ke no. 012-8325282 maklumat berikut untuk tujuan penghantaran:

No.slip transaksi pembayaran, 

Nama produk, 
Kuantiti, 
Nama anda, 
No.telefon, 
Alamat penghantaran.

Khamis, 4 April 2013

TIPS : MELETAKKAN KENDERAAN SECARA MEMBELOK / SIDE PARKING


Terdapat beberapa cara yang boleh diajar kepada calon-calon untuk meletakkan kenderaan secara membelok atau “side parking” ini. Walaubagaimanapun, sesesorang calon dinasihatkan perlu terlebih dahulu memahirkan diri dalam pengawalan “clutch” dan “brake” sebelum belajar melakukan “side parking” ini. Ia penting supaya calon dapat mengikut langkah-langkah yang diajar dan supaya kenderaan tidak terlalu laju dan mudah untuk dikawal.
Hari ini saya akan menerangkan bagaimana untuk meletakkan kenderaan secara membelok atau “side parking” ini bardasarkan langkah-langkah yang dinamakan 7 tiang. Ianya teknik yang popular diajar oleh kebanyakan tenaga pengajar di institut-institut memandu.
Nota di bawah ini saya fikir agak mudah untuk diikuti dan cuba untuk faham dan ingat betul-betul. Jika anda berjaya menghafalnya anda pasti akan berjaya untuk lulus ujian JPJ nanti. Tapi ingat, ini hanyalah sebagai rujukan. Anda boleh bertanya dengan Pengajar anda jika perlu kerana Pengajar anda pastinya lebih memahami bagaimana untuk mengajar anda dengan lebih baik.

LangkahGearSteeringMataCara
1RTegakTiang 1 dan cermin segi tiga belakang sebelah kanan
  • Luruskan tayar.
  • Pandang cermin segi tiga belakang sebelah kanan.
  • Undur kereta sehingga tiang 1 berada di tengah cermin tersebut dan berhenti.
2RKiri habisTiang Belakang dan cermin pandang sisi sebelah kanan
  • Pusing steering ke kiri sehingga habis.
  • Pandang cermin pandang sisi sebelah kanan.
  • Undur kereta sehingga anda melihat tiang belakang yang ketujuh dan berhenti.
3RKanan 2 kaliTiang 1 dan depan cermin pandang sisi sebelah kiri
  • Pusing steering ke kanan sebanyak 2 kali.
  • Undurkan kereta sehingga depan cermin pandang sisi sebelah kiri selari dengan tiang 1 dan berhenti.
4RKanan habisTiang belakang
  • Pusing steering ke kanan sehingga habis.
  • Toleh ke kiri untuk melihat belakang.
  • Undur sehingga menghampiri tiang belakang dan berhenti.
51Kiri 2 kaliTiang depan
  • Pusing steering ke kiri 2 kali.
  • Bergerak ke hadapan sehingga menghampiri tiang depan.
6N--
  • Bebaskan gear, tekan horn dan angkat tangan menandakan anda sudah selesai.
7R-Tiang belakang
  • Toleh ke kiri untuk melihat belakang.
  • Undur sehingga menghampiri tiang belakang dan berhenti.
81Kanan habisTiang 1 dan setengah cermin penumpang depan sebelah kiri
  • Pusing steering ke kanan sehingga habis.
  • Bergerak ke hadapan sehingga tiang 1 selari dengan setengah cermin penumpang depan sebelah kiri.
91Kiri habis-
  • Pusing steering ke kiri sehingga habis.
  • Bergerak ke hadapan sambil tegakkan tayar.
  • Pastikan anda tidak melanggar tiang 1 atau tiang di sebelah kanan anda
Related Posts with Thumbnails