Mengenai Kami

 Latar Belakang PMSR

Pusat Memandu Selasih Ria (PMSR) merupakan sebuah institut memandu yang terletak di Lahad Datu, Sabah dan jaraknya adalah lebih kurang 5 kilometer dari pusat bandar. Ia terbentuk daripada gabungan tiga buah sekolah memandu iaitu Sekolah Memandu Sri Pandu Jaya, Sekolah Memandu Chen Leong dan Sekolah Memandu Cheong Lie. Ia kemudiannya ditukar kepada nama Pusat Memandu Selasih Ria Sdn Bhd hingga kini. Ia mula dibina pada tahun 2002 dan beroperasi sepenuhnya pada Jun 2004.


Penubuhan PMSR sebagai sebuah institut memandu/pusat memandu adalah berdasarkan kepada kelulusan kerajaan khasnya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di bawah Dasar Pensyarikatan Malaysia (Malaysia Incorporated), di mana ia bertindak sebagai sektor swasta yang dilantik oleh kerajaan bagi menyediakan tempat, latihan dan pendidikan memandu kepada rakyat, dengan satu objektif iaitu kerajaan, rakyat dan sektor swasta memperoleh manfaat bersama.  

Visi PMSR 

Menjadi Sebuah Institut Memandu Yang Terbaik dan Terunggul di Malaysia


Misi PMSR

Melahirkan Pemandu Yang Berhemat selaras dengan misi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Related Posts with Thumbnails